Ayah Ini Gigih Sara Isteri dan 5 Anak Dalam Keadaan Sakit

“Assalamualaikum, saya ayah kepada 5 orang anak.
Saya tidak boleh bekerja berat kerana slip disc dan juga sakit di bahagian tengkuk (cervical injury) C3,C4 dan C5. Dengan keadaan sekarang, saya hanya mampu membuat kerja-kerja mengambil upah harian.
Saya mula struggle dalam kehidupan apabila hilang sumber pendapatan tetap (dibuang kerja) dan pada masa yang sama isteri melahirkan anak ke-5 pada bulan 2 tahun 2022.
Dengan rasa rendah hati, saya ingin memohon bantuan. Harap boleh bantu saya. Saya terima sahaja apa yang diberikan.
Menerima khabar daripada orang sekeliling, kami daripada NGO Sentuhan Kemanusiaan berharap agar hebahan ini dapat membantu encik Syaiful dan keluarga.
- RM10 - Sedekah pendidikan anak
- RM20 - Sedekah untuk beli susu bayi
- RM30 - Sedekah untuk keperluan dapur
- RM50 - Sedekah susu dan keperluan dapur
Semoga kita mendapat keberkatan dan ganjaran besar untuk Ramadan kali ini.