Nenek Ini Patah Tulang Peha dan Tulang Punggung

Nenek Ini Patah Tulang Peha dan Tulang Punggung

Neneknya berusia 85 tahun. Tidak boleh berjalan setelah dua kali terjatuh dan mengalami patah tulang peha dan tulang punggung.


Neneknya hanya duduk dan baring di katil. Setiap hari sebelum pergi kerja dan pulang kerja Encik Azmin akan mengangkat nenek ke kerusi roda dan mengambil angin di sekitar kawasan luar rumah.


Bekerja sebagai buruh kasar dengan upah harian itulah sumber rezeki keluarga kecil ini. Upah ini jugalah yang digunakan untuk membeli susu dan lampin anak, lampin nenek serta belanja harian.




2 orang anaknya iaitu Aqiel, 4 tahun dan Alissa, 2 tahun sentiasa memberikan kekuatan kepada Encik Azmin untuk terus bertahan. 


Sebulan sekali Encik Azmin perlu membawa nenek ke hospital untuk menghadiri temu janji doktor untuk rawatan susulan. Setiap 2 minggu sekali pula, perlu membawa nenek ke hospital untuk fisioterapi. Begitulah rutin harian kehidupan Encik Azmin.



Kadang-kadang ada jiran yang sedekahkan seluar baju untuk 2 orang anak mereka.

Marilah kita ringankan sedikit bebanan Encik Azmin bersama keluarga kecil dan neneknya.


Menerima khabar daripada orang sekeliling, kami daripada NGO Sentuhan Kemanusiaan berharap agar hebahan ini dapat membantu encikAzmin dan keluarga.


  • RM10 -  Sedekah pampers tena (untuk nenek)
  • RM20 -  Sedekah untuk beli susu bayi
  • RM30 - Sedekah untuk keperluan dapur
  • RM50 - Sedekah lampin bayi dan susu bayi

Mari kita buatkan mereka tersenyum dengan sedikit perkongsian rezeki yang kita ada. Mari kita berikan semangat kepada Encik Azmin untuk terus berbakti kepada nenek dan keluarga.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
RM50 - Sedekah lampin bayi dan susu bayi
34
RM30 - Sedekah untuk keperluan dapur
26
RM20 - Sedekah untuk beli susu bayi HABIS STOK
RM10 - Sedekah pampers tena (untuk nenek)
Sedekah Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN