5 anak, dan ada anak OKU dengan 3 kekurangan, suami isteri ini diuji hebat.

5 anak, dan ada anak OKU dengan 3 kekurangan, suami isteri ini diuji hebat.
En Faizal, 42 tahun mengambil upah memotong rumput dan memetik serta mengupas buah kelapa.
5 anak yang tiap mereka berumur antara 4 tahun hingga 16 tahun. 4 bersekolah dan 1 dijaga di rumah.
Anak ke-3 berumur 11 tahun adalah OKU Lembam, ADHD, dan lewat perkembangan global.

Isterinya, Shakila membantu dengan menjual air balang. Ada kala tak dapat berniaga apabila anak OKU mengamuk.
En Faizal sendiri ada sejarah strok dan jantung bengkak. Jadi, ada hari perlu berehat untuk kesihatan.
Allah berfirman:
"Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah dia telah pelihara kehidupan manusia semuanya.
(Surah Al-Maidah : 32)
Harini kita lihat orang susah, dan kita bantu. Mungkin esok hari kita susah, dan orang lain bantu kita pula.