Bagai Jatuh Ditimpa Tangga, Ujian Bertalu Untuk Keluarga 4 Beranak Ini

Encik Razak, 43 tahun mengalami slip disc. Jun lalu, diserang 'minor stroke' menyebabkan beliau semakIn lemah dan percakapan kurang jelas. Juga ada kencing manis yang tinggi.
Ujian bertimpa lagi apabila terlibat dalam kemalangan Disember lalu. Akibatnya, beliau retak tulang rusuk dan sakit dada.
Isteri pula Puan Azreena patah tulang peha, lutut dan kaki kiri. Anaknya Nordia, 9 tahun patah kedua belah kaki dan anak lelaki 16 tahun cedera di muka.
Sekarang, Nordia dan Muhaimin dijaga atuk nenek mereka sementara kedua-dua ibu bapa mereka di hospital.
Kami juga melawat Nordia dan Muhaimin di rumah atuknya. Sayunya apabila meilhat Nordia berterusan menangis dan hanya termenung sorokkan muka.
Berumur 9 tahun dah patah kedua kakinya, apalah nasib anak kecil ini. Tambah lagi merindui ibu yang masih di hospital.
Perkhabaran terkini, Puan Azreena akan mengalami pembedahan sekali lagi untuk komplikasi tulang pehanya yang patah.
Keluarga ini perlu bantuan segera untuk lampin dewasa pakai buang kegunaan Puan Azreena dan Nordia, susu khas Nordia, dan beberapa lagi disenaraikan.
Mereka tak minta diuji. Tiada yang nak ujian bertimpa. Tapi itulah bahagaian mereka. Demi persaudaraan sesama kita, hulurkan bantuan termampu kita.