Akaun sentuhankemanusiaan.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Ayah Sakit Jantung Anak 5

Ayah Sakit Jantung Anak 5

Encik Sharudin bin Mahat (Encik Din), 47 tahun merupakan seorang penghidap sakit jantung tetapi tetap terpaksa mengambil upah harian sebagai buruh kasar demi menyara keluarga.


Puan Zaironah, isterinya pula menghidap darah tinggi, tyroid dan asma. Tidak mampu keluar bekerja atas faktor kesihatan yang sentiasa menyerangnya.


Ubat-ubatan, temujanji hospital, rasa sakit bagaikan halwa seharian suami isteri ini. Kadang-kadang Encik Din terpaksa akur untuk tidak bekerja. Bermakna hari itu tiadalah upahnya.





Syazwana (22 tahun), Daniel (17), Danish (14), Aryana (7), dan Darwish (4). Hanya Danish dan Aryana sahaja yang bersekolah. Syazwana dan Daniel terpaksa memilih membantu ibu bapanya.


Berborak dengan Encik Din, ada beberapa bantuan yang sangat beliau hargai untuk ringankan bebannya.


  • RM5 -   Sedekah Tuala Wanita Puan Zaironah
  • RM10 - Sedekah Susu Adik Darwish
  • RM15 -  Sedekah Sewa Rumah
  • RM20 - Sedekah Keperluan Sekolah Danish & Aryana
  • RM50 - Sedekah Keperluan Dapur

  • Uniknya juga, beliau turut berkongsi rezeki dengan menjaga lebih kurang 50 ekor kucing.



    Bekalan makanan dan perubatan si bulus biasanya disedekahkan oleh jiran sekeliling.

    Puan Zaironah yang menjaga dan menguruskan kesemua 50 ekor kucing tersebut.


    Ayuh hulurkan tangan membantu mereka. Bantuan yang akan kita hulurkan adalah untuk tempoh 6-12 bulan.