Menyara Keluarga Dengan Upah Menjadi Buruh

Menyara Keluarga Dengan Upah Menjadi Buruh

Encik Zainuddin mengambil upah sebagai buruh kimpalan dan isterinya seorang suri rumah mengambil upah menganyam ketupat.

Dengan upah 15 sen setiap ketupat, harap dapat meringankan bebanan suami.


Anak bongsu, Zafran, 2 tahun. Perlukan pemantauan lebih kerana menghidap penyakit kulitnya ; dermatitis atopik.

Pada mula hanya sekadar pengambilan ubat antihistamin. Tapi sekarang makin teruk. Memerlukan pengambilan krim Steroid dan antibiotik. 

Cuaca panas menyebabkan kudisnya merebak dan berair. Jadi, En Zainuddin sedang berusaha untuk belikan pendingin hawa.



Di hujung minggu, En Zainuddin tetap gigih mencari duit lebihan dengan mengambil upah kerja-kerja am atau apa sahaja termampu.

Kalau dipanggil untuk mengangkat sampah jiran-jiran, akan tetap dilakukan dengan upah seringgit atau dia ringgit.

Sewa rumah RM 500 sebulan, susu dan pampers 2 anak, keperluan dapur, ubat adik Zafran dan keperluan isteri tetap menjadi keutamaan.

Setiap hari hatinya meruntun sebak melihat Zafran menangis tak selesa pedih dan gatal kerana sakitnya, terutama siang hari panas.



Kami suka melihat kecekalan sepasang suami isteri ni mencari pendapatan untuk meneruskan hidup.

Jadinya, kami harap dapat membantu Encik Zainuddin dan adik Zafran.

Mereka dah usaha sebaiknya. Mungkin sedikit bantuan kita dapat memberi kelegaan kepada mereka.

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Seikhlas Hati
RM3 - Sedekah Tuala Wanita Puan Syahirah HABIS STOK
RM5 - Sedekah Kit Kebersihan Adik Zafran HABIS STOK
RM5 - Sedekah Susu & Pampers 2 Anak HABIS STOK
RM7 - Sedekah Sewa Rumah HABIS STOK
RM125 - Sedekah Sewa Rumah 1 Minggu HABIS STOK
RM10 - Infak Pendingin Hawa HABIS STOK
RM15 - Sedekah Keperluan Dapur HABIS STOK
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN