Bantuan Buat Keluarga Ini Untuk Tersenyum Seperti Keluarga Yang Lain Juga
Assalamualaikum. Saya Idris bin Gasat suami kepada Zumratul dan ayah kepada 3 orang anak kecil nak mohon sedikit sumbangan kewangan untuk barangan dapur, bantuan susu, lampir dan bantuan persekolahan untuk anak pertama Ayuni (darjah 6) dan Aliana (darjah 4)
Menerusi maklumbalas penduduk setempat, kami menemui saudara Idris Bin Gasat, 45 tahun di Durian Tunggal Melaka.
Kerja menyusun kayu di kebun (selepas ditebang) adalah sumber pendapatannya sejak lebih 10 tahun untuk menyara keluarganya. Walaupun pendapatan ayahnya yang tidak menentu itulah yang perlu disyukuri oleh Ayuni 12 tahun, Aliana 10 tahun dan Alif 1 tahun.
Isterinya puan Zumratul tidak bekerja dan ada kala mengambil upah masak dan membuat kuih. Ada kala abang Idris menjala di sungai berhampiran untuk mencari lauk buat keluarganya.
Marilah kita berkongsi rezeki memberikan bantuan buat keluarga abang Idris agar mereka juga mampu tersenyum seperti orang lain. Bantuan berupa barangan dapur, persekolahan dan susu serta lampin pakai buang diperlukan oleh keluarga ini.
Hari ini kita ada rezeki lebih, kami ingin mengajak untuk bersama berkongsi sedikit rezeki buat keluarga ini.