Encik Faizal Mengalami Sakit Kulit Kritikal. Boleh Awak Bantu?
Nama : Mohd Faizal bin A Rahman
Umur : 39 tahun
Tanggungan:
Isteri : Huda Binti Ramli.
Tidak bekerja, ambil upah ajar anak jiran mengaji Al-Quran.
3 orang anak
1. Humairah (8 tahun ; Darjah 2)
2. Huzaifah (5 tahun)
3. Ayra (3 tahun)
Dulu saya kerja mesin rumput.. lama jugak la..
Lepas tu saya berhenti sebab rasa tak larat, badan dah semakin sakit-sakit, lebih sakit lagi dekat bahagian sendi-sendiri.
Saya mengalami sakit kulit kritikal yang dipanggil Psoriasis (sudah lebih 15 tahun).
Keadaan hidup saya semakin sukar apabila kesan dari penyakit tu dah mula menyerang semua sendi-sendi kaki dan tangan termasuk badan dan kulit kepala saya.
Bila badan dah tak larat lagi kerja mesin rumput, saya cuba kerja sendiri mengambil tempahan membuat pisau dan parang kecil bersarung.
Hasil tidak menentu untuk menyara kehidupan keluarganya, tapi saya menerima dan bersyukur dengan rezeki yang ada.
Hari ini hidup saya menjadi semakin stress dan mengalami kemurungan.
Dengan rasa rendah hati, kami daripada NGO Sentuhan Kemanusiaan berharap agar hebahan ini dapat membantu encik Mohd Faizal dan keluarga.
Jom awak sama-sama bantu ringankan beban keluarga ini.