Ibu Tunggal Kematian Anak Tak Patah Semangat

Puan Mastura, 40 tahun. Ibu tunggal 7 anak berumur di antara 2 - 17 tahun. Malangnya, anak lelaki 16 tahun baru meninggal dunia 7 Disember 2022 lalu.
2 orang sekolah menengah, 3 sekolah rendah, dan bongsu 2 tahun masih perlu dijaga. Dengan bantuan JKM dan pusat zakat, itulah pendapatan utama.
Tak tergamak membenarkan anak-anak tidak bersekolah, ibu tunggal ini mengikat perut sendiri asalkan anak-anak berpendidikan.
Selain itu, anak beranak ini mencari wang lebihan dengan menjual keropok yang dibungkus semula. Dalam seminggu, dapatlah menampung RM30 perbelanjaan.
Sewa rumah, yuran sekolah, lampin dan susu anak bongsu, dan makan minum anak menjadi keutamaan beliau.
Berbual dengan Puan Mastura, dapat disimpulkan beberapa pilihan bantuan yang boleh kita bantu.
Juga disertakan pilihan sedekah seikhlas hati, yang nak bantu serendah RM1. Moga memudahkan urusan Puan Mastura membesarkan 6 anaknya.