Nenek 71 Tahun Strok Sekelip Mata

Langsung tiada sakit kronik, tapi tiba-tiba pembuluh darah otak pecah dan diserang strok. Kini lumpuh separuh badan.
Nenek Normah, 71 tahun. Selepas lumpuh, sepenuh hidup terpaksa bergantung kepada anak sahaja.
Kini susu khas menjadi penyambung hayat, yang diberi melalui tiub hidung.
Lampin pakai buang menjadi keperluan mendesak kerana Nenek Normah hanya mampu terbaring sahaja.
.jpg)
Sekarang, nenek dijaga menantu perempuannnya sementara anak lelakinya (Zaime) keluar bekerja.
Sebagai seorang jurujual, tidak banyak pendapatan bulanannya lebih-lebih lagi dengan keperluan ibu pula.
Susu khas, lampin pakai buang, keperluan dapur, bil elektrik, dan sewa rumah perlu setiap bulan.
Moga ada sedikit belas kasihan kita untuk Nenek Normah dan anaknya.