Ibu Tunggal Sakit Jantung, Hipertensi dan Kemurungan Besarkan 3 Anak Yang Turut Sama Tak Sihat

Puan Norzila, ibu tunggal muda 39 tahun menjaga 3 anak yang tidak sihat secara bersendirian.
Diri sendiri ada sakit jantung, kemurungan dan hipertensi. Saban hari bergantung kepada ubat jantung dan ubat penenang.
Tapi ada hari terpaksa elak ubat kemurungan kerana ia buatkan dirinya lemah dan tak dapat bergerak aktif.
Anak sulong, Iskandar, 17 tahun. Ada penyakit hati dan asma. Pemakanan perlu dipantau supaya sakitnya dapat dikawal.
Naqiuddin, 14 tahun. Ada sakit mental dan dijaga sendiri Puan Norzila. Masih dalam rawatan dan pemantauan Hospital Melaka.
Iman, 5 tahun. Ada masalah selera makan. Terpaksa bergantung dengan susu khas untuk nutrisi makanan harian.
Patutlah beliau mengalami kemurungan dan hipertensi. Mengenangkan nasib, seakan gelap tanpa masa depan.
Puan Norzila mengambil upah mengasuh 2 anak jiran dan menjual kuih muih. Ada tempahan, adalah pendapatan hari itu.
Sekarang, beliau sedang mengumpul wang untuk membeli motor, memudahkannya menghantar kuih.
Juga menabung untuk sekolah dan menyambung pelajaran Iskandar. Dia harapan utama nak ubah nasib keluarga.
Sepanjang bercerita, air mata peneman setia. Moga Allah bagi kesabaran melangit kepadanya. Kerana anak-anak adalah amanah perlu dijaga.
Moga Allah juga buka pintu hati kita untuk bantu Puan Norzila walaupun serendah RM1.